Saturday, April 25, 2009

aku tak salah

Lewat ini selera makan aku makin baik. Hari ini aku mengambil beras untuk makan siang dan 2 kali makan dinner. Tidak lupa roti yang penuh dengan sayur segar dari subway untuk tea-time. Heaven. Sangat indah, mungkin bahagia.

aku bahagia??

Masalah aku banyak tapi aku suka berlakon macam seorang pesakit amnesia. Pretend yang aku selalu hilang ingatan akibat trauma di depan kawan-kawan memang best. kamu semua jangan mudah tertipu ya, memori aku long-term! Mengingati bahagian pertanian dalam buku teks kemahiran hidup tingkatan 3 bukan masalah bagi aku. Lagipun kelas itu seronok kata sharul azhan, cikgu KH kami suka membaca novel-novel dewasa yang kulitnya 18SX. Mereka didalam kelas suka menjeling novel-novel itu ketika sibuk memateri alat musik yang berlampu LeD. Tapi aku tidak, sebab ketika itu aku belum baligh. eh.. Lupa nak kenalkan Sharul Azhan tu rakan kelas aku sejak darjah 3 hingga la tingkatan 5. Bibir dia serupa Angelina Jolie tapi dia tak HOT sebab aku lagi bijak dari dia. dan juga hot. bijak dan hot! ya betul.

Berbalik pada krisis makan aku, exam week bukanlah suspek utama dalam masalah ini. Lagipun nota-nota kuliah itu bukannya sedap dimakan. Boleh sembelit nanti. Tandas di Exam Hall tu pun bukan serupa di KLCC. Tidak bagus untuk sebarang investment. So aku tak galakkan kamu semua makan lecture note.

Aku juga tidak depresi melihat makanan DS di kolej ini. Namun aku seronok tengok muka kawan-kawan di DS yang kecewa memakan nasi goreng kenduri gotong royong. Ada yang kata ini SUMPAHAN MISTER S. aku no comment. Pokok blok D yang tumbang tu pun tak boleh salahkan dia juga. Kalau kamu semua mahu tempat tinggal yang selesa dan makanan enak, sewa saja di Boulevard Hotel dekat MidValley tu. Bayar RM1 sahaja kalau mahu ke kelas. Murah kan?

Tapi aku dapat rasakan krisis selera makan aku ni akan berakhir. Naluri aku jarang silap. Makan 6 kali sehari membuatkan aku rasa dekat dengan bumi. hissshhh... Ketika minum air laici tadi, aku rasa aku gemuk. Gemuk dan hot bukan kombinasi yang baik. Jadi krisis selera makan yang melampau ini akan berhenti mulai esok. aku janji. kalau aku tipu, kamu boleh marah zaffy.




Aku makan ini untuk Pre-Breakfast pukul 2.45 pagi tadi.

teka-teki: makan katne ni?


mint: nasik papakau + air laici feel dia macam makan masakan jepun kat hawaii.

6 comments:

Mra Mastura said...

saya mau nasi pakapau itu!!!!

Mra Mastura said...

saya lapar!

Mra Mastura said...

nanti kamu gemok cam saya yee..hehe

Mra Mastura said...

cop..tu air ape?

Mra Mastura said...

cop..tu air ape?

Mra Mastura said...
This comment has been removed by the author.