Thursday, December 30, 2010

cobaan

sedang mencuba memblog dengan blackberry. Ok thanks bai.

Saturday, December 4, 2010

hari hari terakhir sebelum kembali ke makmal

Seperti yang sedia maklum, UM dengan baik hatinya telah memberi cuti deepavali dan raya selama 3 minggu. Sumpah time itu memang seronok gila, sekali dengan minggu ulangkaji memang bagi kau feel raya terhebat sebab boleh makan rendang sambil study. Tapi apakan daya, kalau kau dah memang kacak dan baik dengan pensyarah, last minute study merupakan opsyen terbaik untuk belajar sambil menghayati hidup.

Berbalik kepada isu study, ketika ini aku berada di suatu tahap dalam hidup yang aku dah fedap belajar terutamanya perkara saintifik. Semua angkara exam la ni. Satu perkara yang best pasal exam ni cuma kau boleh usha pengawas peperiksaan yang comel comel. Lebih bertuah lagi kalau yang hot asyik lalu lalang lepas tu asyik tenung kertas jawapan kau macam dia faham je.

Yang lain pasal exam, tak best.

Semester ni memang best, aku ada paper enzymology di awal minggu peperiksaan dan kemudiannya cuti seminggu sementara menunggu 4 helaian helaian kertas dari neraka di minggu terakhir. ok 4 subjek di 4 hari terakhir. Kau mampu tahan sakit kena tembak dengan kastam bila tengok kawan kawan kau dah sibuk packing baju segala tu belum lagi tengok yang di IPT lain sibuk update status facebook kat mekdi lepas tengok wayang.

Takpe. aku kacak dan kuat. 4 paper je lagi ni. aku kacak. dan hebat.

Lewat ini selera makan pun dah berkurang. Benda misteri macam ni kau tak boleh buat main main. Mungkin sebab emosi kau terganggu sebab exam, tak pun mungkin sebab duit biasiswa kau dah habis. Tapi kalau kau biarkan je takut kau nanti jadi macam si Kate Moss tu, kurus sangat tapi cantik. macam cik nabila mustaza. Adakah aku depressi? Ataupun terlalu gembira sampai aku fedap mual tengok nasi. Petang ni tekad nak hantar mms gambar siku yang dah kurus ni nak ugut mak hantar duit lagi. Sementara tu mari kita makan kismis.

owh lupa lak pasal tajuk entri ni. Habis exam semester ni aku tak balik kampung tau kawan kawan. Mas cotek dan tongkat ali dah lama menunggu dalam makmal tu. Sumpah cuak kalau Dr Norhaniza tanya pasal update nanti. positif aku kacak! So kalau kau orang nak ajak aku keluar lepas exam ni, boleh la drop by kat makmal di fakulti medic tu ya.


mint: biskut wafer ds sumpah sedap.

Tuesday, November 30, 2010

yeay yeay dah hari selasa

Hari ni memang produktif, bangun tidur pukul 3 petang hanya untuk makan nasi goreng ayam kunyit. Kau orang mesti tahu kan kalau makan nasi goreng dengan telur mata lepas tu minum pulak air limau mesti dia punya mengantuk tu dah macam kena mandrem dengan uncle seekers. so tidur balik la. sampai ke malam. esoknya.

Kau mampu bangun tidur terus baca nota kuliah segala? Baru-baru ni aku ada perasan kalau masa start study je mesti nak lapar, lepas tu kalau time makan mesti terkenang nota buku exam segala. Kalau makan sambil study pulak mesti rasa nak tidur, kalau tidur mesti malas nak bangun dah pasal best gila.

ok tido.
...............


Sekarang dah pukul 4 pagi dan kolej sumpah sunyi gila sebab semua orang dah hilang kena culik dengan abang indon kontrak cat kolej. Sejak dulu lagi aku dah syak abang indon tu berniat jahat tapi semua orang tak percaya sampai sekarang ni dah ramai penghuni kolej kena culik pun dia orang masih nak bekap abang indon tu. Tapi biar la abang indon tu sebab dia tak kacau aku pun tu pun sebab aku tak suka bau cat.

wei sebab aku dah bosan gila sekarang so try la main internet yang tengah lagu pukul 4 pagi ni. Kau cuba google ROHANA mesti keluar gambar ni <-klik la kat 'ni' tu

Hujung-hujung sem ni memang senang rasa lapar balik, lepas tu susah betul nak cari makanan yang sesuai dengan selera dan kad atm kita kan kan? Sementara menunggu DS buka balik petang ni yakni lagi 13 jam marilah kita menonton video kak ana jap.



mint: telor memang sakit time lapor ek?

Monday, November 22, 2010

tengok boleh, pegang jangan ek

hoooo frankly speaking i never hold girl's hands before. eh tipu. With the Ex-es, I never touch their hand in the few early dates but after that ada la. *grinned* tu pun when we're crossing the road. guys, remember this. there must be a shield between you and your girl. then the relationship would be purely beautiful. *batuk-batuk*





mint: baru je lepas add teacher shida kat facebook

Sunday, November 21, 2010

kusut

believe me, it was





mint: you were strong and i was not

yeay yeay raya yeay yeay

sumpah best gila hari hari makan daging, mewah betul.

untuk ucapan hari raya sila klik di sini



petang tadi makan daging salai, lepas tu ada rendang segala siap ketupat daun palas lagi. kau mampu makan tu semua sekali mata ada jeling tepi tengok nota kuliah?




mint: selamat hari raya aidiladha.

Tuesday, November 16, 2010

lagu moment untuk minggu minggu ulangkaji

been playing this song like 24/7 and it was ai ai ai ai...



such a moments


lagu ini saya dedikasikan untuk ozil, manezine, ain, nabby <3>
ex awek saya yakni si maria ozawa



mint: sayang kamu semua especially maria ozawa <3>

Saturday, November 13, 2010

sabtu lagi

hari ni merupakan sabtu ke 2 bagi study week aku. eh eh yang ke 3 actually. sumpah memang tak tau nak buat apa, ye la apa yang kau boleh buat masa study week selain study. nak juga keluar jalan jalan tapi duit memang dah la ciput, IQ kau pula rendah. baik la guling guling atas katil berangan, lepas tu kalau lapar pergi tenung nota kuliah kejap. kau tengok la apa jadi nanti.

harry potter nak keluar dah. aku memang dah berapa bulan tak tengok wayang. so kalau kau nak tengok harry potter bersama sila lah call mak aku sebab AKU ADA 2 TIKET GOLD CLASS GSC worth RM80. riak pulak.

lepas tu kita boleh makan aiskrim kat baskin robin. kalau nak makan "mcD je" pun ok gak sebab aku tak pernah rasa lagi burger chicken mcdeluxe blackpepper tu. sebelum orang lain fitnah aku tak urban, baik try dulu kan.

nak main bowling boleh tak>


woooo ni masa aku jadi manager bowling kolej


masa taip taip post ni sempat juga aku check it out dompet kejap tengok dalam takde pape pun, so kalau nak keluar tu aku mampu belanja kau TIKET GOLD CLASS GSC je la. yang lain kau belanja boleh? kalau kau baik, kau dapat pahala lagi tau tak.




mint: sekarang aku rasa yang aku bakal jadi si gemuk yang ada cgpa teruk dalam masa 2 bulan.