dulu masa kecik kecik, new year mesti keluar tengok bunga api dengan mak kat menara tu. eiffel tower memang cantik bila ada bunga api, tapi kami asal teluk intan so tengok menara condong tu je. masa first year lak pergi the curve dengan aqil, zaf dan arwah kak nadia. seronok macam kat hong kong. second year kat mid valley, sana kau boleh tengok banyak bunga api.
kejap, nak keluar makan sat.
...........................
sekarang dah pukul 2:30 pagi, tadi tengok bunga api kat kedai makan bawah ni je. tu pun tengok kat rtm, bunyi bunyi dari bangsar & damansara tu dah cukup buat kau rasa seronok. tahun ni sambut berdua, dengan alya.
dah 2011 ni orang banyak cakap pasal azam tahun baru, kau tengok la segala status kat facebook & twitter. ada yang seronok, ada yang tekanan. aku macam biasa memang takde masa nak pasang pasang azam ni, aku biarkan hidup ni sendiri yang bawa aku. matlamat tu hari hari boleh reka. yang penting kita jumpa di syurga sana.
tapi tahun ni aku nak buat perubahan, aku teringin nak ada azam. satu pun cukup la. ok dua sebab tamak. yang pertama, aku nak belajar hafal nama sayur dan ikan. takkan umur nak masuk 22 ni aku cuma kenal ikan bilis, timun dengan tauge je. azam nombor 2 tu, bulan julai nanti la aku update lain. okthnxbai.
mint: tahun baru kau mesti seronok kan?
No comments:
Post a Comment