Tuesday, March 3, 2009

gila babeyh tido

Salam semua! Hi, bertemu kembali setelah sekian lama tak menjenguk ke blog cupboard aku ni. Bila dilihat pada sisi kanan blog, anda pasti terlihat entry bulan february hanya satu sahaja. yaa.. uno cheh! Ini bukan kerana aku tak dapat menghapdate blog gara-gara keyboard laptop dimakan anai-anai meja study ataupun perkhidmatan wireless kolej sudah ditamatkan (yang ini mungkin berlaku), tapi sebab aku MALAS.

Aku tersangat la malas baru-baru ni. Even tugasan mengemas katil pun diberikan kepada akmal. Hari ini aku tidur awal dalam pukul 1pagi & bangun pada pukul 9pagi yang bermakna aku sudah lambat untuk ke kuliah. Jadi apa lagi grab handphone dan terus call radzi suruh signkan. Untuk pengetahuan kamu semua, semalam saya sudah mengspend masa selama 12jam hanya untuk tidur. sungguh asyik ya sehingga kepala ku pusing-pusing ketika bangun pagi tadi. nasib baik rummatenya ada memberi nasi goreng ayam sebagai penahan sakit.

Semalam seorang sahabat ku agak bising sebab tiket bas ke penang jumaat ni sudah habis. Nampaknya semua orang sibuk mahu pulang ke kampung ya minggu ini. Ada apa yang menanti disana?? hehe.. pasti kamu semua sudah tahu. 

Aku juga mahu ke penang minggu ini bersama rakan-rakan tapi bila memikirkan yang:-

1st week february: PROSPEK penang
2nd week february: Heartstringers Charity Walk Penang
3rd week February: PROSPEK perak & kedah

tiap-tiap minggu pada bulan lepas saya ke UTARA Malaysia. Rasanya mungkin aku perlu luangkan hujung minggu kali ini ke tempat lain pula. Mungkin Miri, s'wak.

aiyaa.. Jam sekarang sudah pukul 3 petang, pukul 5 petang pula ada kuliah di fakulti sana. 
katil itu nampak enak...(jeling dari sini).


regards,
sleepyholic mint

No comments: