hi semua! i'm back in UM now!!! selepas PROSPEK di seremban, aku terus ke Banting untuk melawat nenek disana. Petang itu aku ke Alamanda Putrajaya nak beli donut big apple kemudian temankan 2 orang adik saudara ku menonton
movie ipin & ipun.
Akhirnya dapat juga aku tengok animation movie yang box office ni. Mulanya pelik jugak tengok kat counter ticket nampak ramai orang queue membeli tiket, tapi dalam hall kosong plak. Adeh.. ingatkan orang-orang putrajaya ni pergi tengok movie lain kot.
Semasa menunggu movie nak start tu, aku pun menjenguk la kedepan kerusi (sbb tiket seat reserve,aku dpt kerusi paling best tengah dan di atas), jenguk sambil usha kiri kanan barulah aku realize yang movie hall tu penuh ngan kanak-kanak malaysia.
Memang meleset sangkaan aku yang movie ipin & ipun ni kaut berjuta-juta ringgit sebab habis satu malaysia turun panggung. Rupanya hall tu penuh dengan kanak-kanak yang range umur mereka semuda 10 bulan hingga la yang menghampiri akil baligh.
Cerita ni comel sebab ada part lawak character yang kiut-miut. Ditambah pula dengan panggung yang penuh dengan kanak-kanak yang akan mengulang bait-bait ayat ipin & ipun tu. Tapi sangsi juga macam mane aku boleh tertido 2 kali time tengok tu. hurm...
Walaupun ada watak dalam animasi ni yang kaku, aku boleh bagi 4 setengah bintang dari 5 bintang. OK la tu.. Memang bangga la tengok movie ni walaupun ada part-part yang aku tak berkenan.
- Penggunaan Binatang yang tidak di ketahui spesis nya.
- Sistem bunyi yang tak selaras di GSC Alamanda.
- Watak bapok yang tidak cukup lembut teksturnya pergerakkannya.
- Adegan memandu secara berbahaya terutamanya rempit yang mungkin tersemai dalam diri kanak-kanak.
...................................................
........................
..........
...
GO SAPPY!